Jom Support Kempen Says Malaysia


~Jom Support Says Malaysia~

Saturday, April 23, 2011

Semua Kenderaan Wajib Jalani Pemeriksaan Puspakom Mulai Jun 2011




Mulai Jun 2011, kerajaan akan menguatkuasakan Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan) 2010 yang telah diluluskan, di mana setiap kenderaan bermotor terpakai, dibaikpulih dan diubahsuai diwajibkan menjalani pemeriksaan menyeluruh di Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) bagi memastikan kenderaan berkenaan berkeadaan baik dan selamat.
Antara faktor utama penguatkuasaan itu ialah untuk mengelakkan pengguna terbeli kenderaan potong, mempunyai sejarah jenayah, kereta curi atau kereta diubahsuai tanpa kebenaran pihak berkuasa.Kita sedia maklum, bahawa banyak kes-kes orang ramai yang “terbeli” atau tertipu dengan kereta potong sikit waktu dulu.
Mulai Jun 2011, kerajaan akan menguatkuasakan Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan) 2010 yang telah diluluskan, di mana setiap kenderaan bermotor terpakai, dibaikpulih dan diubahsuai diwajibkan menjalani pemeriksaan menyeluruh di Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) bagi memastikan kenderaan berkenaan berkeadaan baik dan selamat.
Antara faktor utama penguatkuasaan itu ialah untuk mengelakkan pengguna terbeli kenderaan potong, mempunyai sejarah jenayah, kereta curi atau kereta diubahsuai tanpa kebenaran pihak berkuasa.Kita sedia maklum, bahawa banyak kes-kes orang ramai yang “terbeli” atau tertipu dengan kereta potong sikit waktu dulu.
Kami sebenarnya menyambut baik saranan ini, dan berharap pihak berwajip Puspakom akan lebih telus dalam membuat pemeriksaan.Sebelum ini, dah banyak kes beli kereta potong ni boleh “lepas”.Macamana boleh lepas, itu bukan urusan kami.Dan bagus juga akta ini dikuatkuasakan dimana, motorsikal juga wajib selepas ini menjalani pemeriksaan sebelum dijual kepada pemilik baru.Ini sedikit sebanyak dapat menjadi suatu “sekatan” dimana banyak kes-kes motor curi yang dijual semula.
Jadi, dengan lambakan kereta yang akan membuat pemeriksaan selepas ini, ianya sedikit sebanyak akan menambah keuntungan kepada pihak Puspakom sendiri.Apa yang sangat kami harapkan, jangan pula selepas ini, masih ada yang kes-kes kereta potong yang diluluskan Puspakom akan terjadi.Pastikan pekerja-pekerja yang diambil bekerja di Puspakom, mempunyai integriti.Jika tidak, sia-sia sahajalah akta ini dikuatkuasakan.
Apa pandangan anda mengenai akta baru pemeriksaan kenderaan ini?
Kami sebenarnya menyambut baik saranan ini, dan berharap pihak berwajip Puspakom akan lebih telus dalam membuat pemeriksaan.Sebelum ini, dah banyak kes beli kereta potong ni boleh “lepas”.Macamana boleh lepas, itu bukan urusan kami.Dan bagus juga akta ini dikuatkuasakan dimana, motorsikal juga wajib selepas ini menjalani pemeriksaan sebelum dijual kepada pemilik baru.Ini sedikit sebanyak dapat menjadi suatu “sekatan” dimana banyak kes-kes motor curi yang dijual semula.
Jadi, dengan lambakan kereta yang akan membuat pemeriksaan selepas ini, ianya sedikit sebanyak akan menambah keuntungan kepada pihak Puspakom sendiri.Apa yang sangat kami harapkan, jangan pula selepas ini, masih ada yang kes-kes kereta potong yang diluluskan Puspakom akan terjadi.Pastikan pekerja-pekerja yang diambil bekerja di Puspakom, mempunyai integriti.Jika tidak, sia-sia sahajalah akta ini dikuatkuasakan.


Apa pandangan anda mengenai akta baru pemeriksaan kenderaan ini?

Tuesday, April 19, 2011

Sentral: Samseng laut

        
 
SEORANG wakil daripada Persatuan Nelayan Kelanang menunjukkan bot yang tersadai di pengkalan itu.
Ceroboh kawasan nelayan lain, ugut bila lapor pihak berkuasa

BANTING: Lebih 100 nelayan dari lima pangkalan nelayan di sini mendakwa mata pencarian mereka terjejas teruk selepas perairan tangkapan mereka diceroboh kumpulan nelayan kawasan lain yang menggunakan khidmat samseng.
Nelayan terbabit ialah dari Pengkalan Nelayan Tongkah, Pengkalan Nelayan Kelanang, Pengkalan Nelayan Permatang Pasir, Pengkalan Nelayan Bandar dan Pengkalan Nelayan Pulau Carey.
Wakil nelayan terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah mendakwa kumpulan nelayan dari pangkalan berhampiran menceroboh perairan mereka setiap hari bermula jam 5 pagi untuk mengutip hasil tangkapan dengan menggunakan pukat hanyut.

"Bayangkanlah, mereka datang bersama 50 bot dan melakukan aktiviti tangkapan ikan kurang 5 batu nautika dari kawasan kami.

"Kami tidak marah jika ia dilakukan lebih lima batu nautika dari sini. Habis semua hasil laut dikaut mereka yang menggunakan pukat hanyut,” katanya kepada Sentral di sini.

Sebelum ini, hasil tangkapan nelayan di sini boleh mencecah sehingga 15 kilogram (kg) sehari, tetapi sejak kebelakangan ini mereka hanya memperoleh dua hingga tiga kg saja.
Malah, kegiatan yang didakwa berlarutan sejak beberapa tahun lalu itu semakin membimbangkan kerana ia mula membabitkan kegiatan samseng.

Jika ada mana-mana nelayan membuat laporan kepada pihak penguat kuasa atau pihak atasan, individu terbabit akan dicari dan nyawa pengadu akan terancam.

Abdullah berkata, kejadian samseng itu bukan cerita rekaan kerana ia pernah dialami sahabatnya.

"Sebelum ini, sahabat saya membuat aduan kepada pihak penguat kuasa. Namun, dia akhirnya menemui ajal apabila dilanggar lari sekumpulan individu.

"Kami bukan ingin menuduh, tetapi ia terjadi selepas arwah membuat aduan kepada pihak penguat kuasa. Sebelum ini, ada beberapa kes pukul yang terjadi ke atas kami yang membuat aduan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak penguat kuasa dan beberapa ahli politik pernah meninjau kawasan itu tetapi masih tiada tindakan diambil.

Tinjauan Sentral mendapati banyak bot tersadai kerana mereka tidak mampu menanggung kos bahan bakar yang tinggi dan upah pekerja.

Berikutan itu, mereka menggantikannya dengan sampan kerana kos lebih murah.

Bayi lemas dalam kolam ikan hiasan

                       
 
RIDUAWAN Che Man, 34, menunjukkan kolam ikan hiasan di mana anaknya Muhamad Amirul Wajdi (gambar kecil), berusia 14 bulan ditemui lemas di rumah mereka di Taman Teja, Changlun petang kelmarin. Muhammad Amirul dikatakan merangkak sebelum jatuh di dalam kolam sedalam 0.5 meter itu. - Foto Rahmat Othman
Kakak, abang tak sedar adik merangkak keluar

CHANGLUN: Seorang bayi lelaki berusia 14 bulan ditemui mati lemas dipercayai terjatuh ke dalam kolam ikan hiasan di halaman rumahnya di Taman Teja, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, Muhamad Amirul Wajdi Riduawan dikatakan merangkak seorang diri dari dalam rumahnya menuju ke kolam ikan itu tanpa disedari abang dan kakaknya yang berada di dalam rumah.
Bapa mangsa, Riduawan Che Man, 34, berkata ketika kejadian beliau baru selesai memotong rumput di halaman rumah dan berehat di bangsal tepi rumahnya sebelum terdengar jeritan anak sulungnya, Nurizzati Irwani, 9, memberitahu adik bongsu daripada empat beradik itu lemas dalam kolam sedalam 0.5 meter itu.

“Anak sulung saya mengangkat adiknya dari kolam itu dan meletakkan di tepi. Tanpa berfikir panjang, saya terus melakukan bantuan pernafasan ke mulut anak saya dan ketika itu beliau menunjukkan tindak balas.

“Saya kemudian membawa anak ke Hospital Jitra (HJ) untuk mendapatkan rawatan segera tetapi doktor mengesahkan anak saya meninggal dunia jam 9 malam kelmarin akibat lemas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Riduawan berkata, ketika kejadian, isterinya, Zaliza Said, 34, sedang tidur di dalam rumah akibat keletihan selepas baru pulang membeli-belah di Padang Besar, Perlis.
Katanya, tiga anaknya yang lain ketika itu sedang bermain dengan arwah tetapi mula mencari adik mereka selepas mendapati beliau tiada di dalam rumah.

“Empat anak saya termasuk arwah tinggal dengan saya kerana ibunya bertugas sebagai jururawat di Hospital Pulau Pinang dan berulang-alik seminggu sekali untuk bersama keluarga.

“Disebabkan saya sudah berjanji untuk membawa keluarga bercuti di Perlis selain menziarahi ibu saya yang sedang sakit, isteri mengambil cuti untuk menjaga anak-anak tetapi saya tidak sangka ia akan berakhir dengan tragedi,” katanya.

Beliau berkata, arwah anaknya manja sejak seminggu lalu dan kerap memanggil abah berulang kali kelmarin seperti sudah tahu ajalnya akan tiba.

Jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid, dekat sini, malam kelmarin.

Sunday, April 17, 2011

Misbun, Chong Wei berpisah

                                    

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) bakal memberi tugas baru kepada jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek untuk mengendalikan skuad pelapis negara.
Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai berkata, kemungkinan besar Misbun tidak lagi melatih pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei sebaliknya tugas tersebut akan diserahkan kepada Rashid Sidek dan Tey Seu Bock.
"Saya yakin bahawa Misbun dapat menerima keputusan itu kerana beliau (Misbun) kelihatan tenang ketika dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
"Bagaimanapun keputusan rasmi mengenai kontrak Misbun hanya akan diumumkan pada Mesyuarat Exco BAM pada 28 April nanti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Kejurulatihan dan Latihan Badminton di pejabat BAM di Stadium Juara Bukit Kiara semalam.
Ng berkata, ramai bertanyakan siapa yang akan menggantikan Chong Wei satu hari nanti, maka BAM telah memberi cabaran buat Misbun untuk membentuk satu kumpulan pemain yang berkaliber yang diharapkan akan menggantikan Chong Wei satu hari nanti sekiranya beliau bersara selepas Sukan Olimpik London 2012 nanti.
"Maka oleh sebab itulah kita menawarkan kontrak sedemikian kepada beliau (Misbun) dalam menjadi jurulatih kepada kumpulan pemain yang mampu diketengahkan ke dalam skuad elit suatu hari nanti," katanya.
Beliau berkata, BAM melihat kemampuan Misbun yang dilihat serasi mengajar pemain yang baru untuk ditawarkan kontrak selama dua tahun.
"Kita telah berbincang dengan ahli gabungan dan beberapa persatuan lain termasuk Majlis Sukan Negara (MSN), pemain dan penaja untuk kontrak Misbun yang akan disambung 2 tahun ini," katanya.
Selepas tiga bulan berdiam diri, pada 1 April lepas Misbun bersetuju kembali ke pangkuan BAM dan bersetuju untuk menarik balik surat peletakan jawatannya yang bertarikh 31 Disember lepas.
Isu peletakan jawatan Misbun yang juga jurulatih kepada Chong Wei mencetuskan kontroversi selepas beliau mengambil sikap berdiam diri.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, BAM membuat keputusan untuk melantik jurulatih pelapis perseorangan wanita Sekolah Sukan Bukit Jalil, Chi Shan Rong sebagai jurulatih perseorangan wanita kebangsaan."Shan Rong dilihat berdedikasi dan menunjukkan sifat kejurulatihan yang baik dan beliau yang dilihat terbaik untuk memikul tugas tersebut," kata Ng.
Manakala bekas pemain perseorangan wanita, Wong Mew Choo dilantik sebagai jurulatih pelapis perseorangan wanita.
"BAM percaya dia (Mew Choo) mampu mengendalikan tugas ini dan dia bolehlah mengendalikan skuad negara satu hari nanti

Saturday, April 16, 2011

Pengasuh cedera di lengan digigit haiwan liar ceroboh rumah




MERLIMAU: Seorang budak perempuan berusia 15 bulan cedera dan terpaksa menerima kira-kira 30 jahitan manakala tangan pengasuhnya turut luka selepas mereka diserang seekor kera liar ketika tidur di sebuah rumah di Kampung Kilang Berapi di sini, kelmarin.
Budak berkenaan, Siti Hajar Abd Razak cedera pada bahagian dahi; hidung; bibir dan tapak tangan kiri dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu. Pengasuhnya, Rokiah Abd Rahman, 59, pula luka pada kedua-dua tapak tangannya.
Rokiah berkata, sebelum kejadian, beliau baring sambil menidurkan Siti Hajar di ruang tamu sebelum kedua-duanya terlena dan diserang seekor kera yang dipercayai masuk ke rumahnya melalui bumbung.

“Saya terjaga dari tidur apabila tangan berasa pedih dan amat terkejut melihatkan haiwan berkenaan menggigit tangan saya. Dengan pantas saya terus menepisnya dan akhirnya kera itu melepaskan gigitannya.


“Bagaimanapun, kera itu terus bertindak liar menerkam Siti Hajar yang tidur dan menggigit kepalanya. Saya terus mencekik leher kera terbabit sehingga haiwan itu melepaskan kepala Siti Hajar yang berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka di sini, semalam.


Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Roslan Ahmad, yang turut melawat bagi melihat keadaan kedua-dua mangsa.

Rokiah berkata, ketika kejadian, semua pintu dan tingkap rumah tertutup dan beliau bernasib baik apabila kejadian itu turut disedari salah seorang jiran yang menghalau haiwan liar berkenaan.

“Saya segera membawa Siti Hajar ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.


Sementara itu, bapa Siti Hajar, Abdul Razak Bakar, 33, berkata, beliau tergamam apabila dimaklumkan kejadian yang menimpa anak sulungnya.


“Saya bimbangkan nasib Siti Hajar yang mungkin membawa maut seperti beberapa kes serangan haiwan liar sebelum ini.


“Namun syukurlah kerana mata Siti Hajar tidak cedera biarpun menerima beberapa jahitan dan luka pada dahi; hidung; bibir dan tapak tangan kiri

Tay Seng Huat, 54, yang dipercayai membunuh

                                
                
ANGGOTA polis memeriksa mayat Tay Seng Huat, 54, yang dipercayai membunuh diri di sebuah Pangsapuri Jalan Pengkalan Chepa, dekat sini, semalam. Foto: Mohd Nor Asri Yaacob (15/04/2011)

Wednesday, April 13, 2011

PENGUAT KUASA DBKL menyita motosikal dalam operasi di PPR Taman Muhibah, Puchong.




                              
Pemilik degil guna lif bawa kenderaan ke tingkat atas

PUCHONG: Tujuh pemilik motosikal di Blok A, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di sini, yang sering membawa kenderaan masing-masing ke tingkat atas menggunakan lif, terkejut apabila motosikal mereka disita Jabatan Pengurusan Perumahan (JPP) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), malam kelmarin.
Penolong Pengarah JPP, Kamal Idham Ibrahim, berkata operasi membabitkan 40 anggota penguat kuasa termasuk dari Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan (JKP) DBKL selama dua jam mulai jam 12 tengah malam itu, dilakukan selepas beberapa notis dikeluarkan kepada pemilik motosikal supaya tidak membawa kenderaan masing-masing ke tingkat atas.
Penolong Pengarah JPP, Kamal Idham Ibrahim, berkata tindakan sita itu untuk memindahkan halangan selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan (1974).

“Operasi itu juga dijalankan selepas menerima aduan penduduk mengenai kerosakan lif disebabkan kedegilan pemilik motosikal membawa kenderaan masing-masing menggunakan kemudahan itu ke tingkat atas,” katanya yang mengetuai operasi itu, malam kelmarin.


Kamal Idham berkata, motosikal yang disita akan dihantar ke Depoh Tunda Jinjang dan pemilik dikenakan bayaran kompaun RM155 merangkumi bayaran notis, upah simpan sehari dan upah tunda.


“Pemilik yang menuntut semula kenderaan harus membawa geran atau dokumen insurans.

“DBKL juga dalam perancangan mengadakan operasi ini secara berperingkat bagi mengatasi masalah yang berlaku berikutan sikap tidak prihatin penduduk.

“Kami juga akan terus memantau PPR lain yang turut menghadapi masalah sama dan tindakan bakal diambil dalam masa terdekat ini,” katanya.


Beliau berkata, DBKL memandang serius kedegilan pemilik motosikal yang membawa kenderaan masing-masing menggunakan lif sehingga kemudahan itu sering rosak kerana terlebih bebanan.


“Apabila lif rosak, banyak aduan kita terima, sama ada melalui borang aduan atau laman facebook Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

“Masalah ini juga akan menyukarkan orang kurang upaya (OKU) dan warga tua,” katanya.

Sementara itu, Ketua Inspektor JKP, Julia Thamby, berkata pemilik motosikal yang disita boleh mendapatkan maklumat berkenaan kenderaan mereka melalui Pejabat Kecil Perumahan di PPR itu atau dengan menghubungi talian 24 jam JKP 03-40267222.

DUA pertahanan Kelantan cuba menghalang kemaraan Akmal Rizal dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam tadi. - Foto Muhaizan Yahya

                                       
Kelantan kecundang di Ipoh, Kedah menang di Paroi atasi NS

PERAK melonjak ke tangga kedua Liga Super selepas meratah pendahulu sebelumnya, Kelantan 4-0 di Stadium Perak, Ipoh malam tadi dengan dua gol pada setiap babak walaupun pelawat lebih banyak menguasai permainan.
Pesta gol tuan rumah bermula dengan gerakan solo Fazrul Hazli Kadri dari sebelah kanan padang yang menewaskan dua pertahanan, sebelum meledak bola di luar jangkauan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.
Kelantan kembali mengasak menerusi gandingan S Chanturu dan Norshahrul Idlan Talaha, tetapi kekangan padu ke atas dua penyerang berbisa itu menyaksikan setiap serangan mudah dipatahkan benteng pertahanan Perak.

Anak buah Norizan Bakar sebaliknya menambah jaringan pada minit ke-26 menerusi Shafiq Jamal, bermula dengan gerakan pantas Akmal dari sisi kiri padang sebelum melakukan hantaran lintang yang mudah disempurnakan Shafiq.

Pada babak kedua, kemasukan Razali Umar Kandasamy menyaksikan rentak permainan Perak semakin berbisa dengan dua lagi gol dihasilkan menerusi Akmal Rizal Rakhli (m-79) dan Razali (m-2) untuk mengakhiri pesta gol tuan rumah.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pertembungan adik abang antara T-Team dan Terengganu berkesudahan dengan pasukan berstatus negeri mengatasi kelab 1-0 hasil jaringan Abdul Hadi Yahya, dua minit sebaik babak kedua bersambung.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan yang mengharungi perlawanan kelima di bawah kendalian Azraai Khor Abdullah terus dibelenggu kemarau kemenangan apabila tewas kepada Kedah 2-0 hasil jaringan Azlan Ismail (m-61) dan Baddrol Bakhtiar (m-88).

Di Stadium Darulmakmur, Kuantan, Pahang sekadar seri tanpa jaringan menentang Johor FC.

Di Stadium Likas, pertemuan antara dua pasukan tercorot berkesudahan dengan keputusan 2-2 untuk masing-masing memungut satu mata.

TUMPAS...Amar Singh (tengah) menunjukkan kad kredit dan telefon bimbit yang dirampas.



                                         


KUALA LUMPUR: Tujuh posmen dan seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menjadi dalang sindiket penipuan kad kredit ditahan dalam beberapa serbuan berasingan sekitar Lembah Klang pada 1 April hingga 9 April lalu.
Sindiket yang menggunakan khidmat posmen bagi memintas kad kredit mangsa itu akan membayar upah antara RM50 sehingga RM100 bagi satu kad kredit dipintas.

Difahamkan, mereka turut dibantu lima individu lain termasuk dua lelaki dan tiga wanita dipercayai sudah menjalankan kegiatan itu sejak 2009 hingga membabitkan kerugian RM1 juta.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, tangkapan pertama dibuat pada 1 April lalu, kira-kira jam 5 petang, apabila seorang lelaki berumur 37 tahun ditahan di Pejabat Pos Taman Shamelin, Cheras kerana cuba mengambil bungkusan yang mengandungi kad kredit yang didaftarkan atas nama seorang wanita.

“Pejabat Pos cuba menghubungi wanita yang menjadi pemilik kad berkenaan namun dia menafikan sudah mendapat kad kredit yang dipohon.

“Hasil pemeriksaan mendapati, suspek juga menggunakan kad pengenalan palsu atas nama pelanggan yang menjadi sasaran mereka bagi menuntut bungkusan kad kredit berkenaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, semalam.

LATIHAN KURSUS ASAS (JPAM) SIRI 01/2011





Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Intik 01/2011 Yang Di
Adakan Di ULU LANGAT DI KEM SEMUNGKIS 
Peringkat Gabungan 3 Daerah Wilayah Persekutuan2011
KEM KURSUS ASAS DI ADAKAN DI, ULU LANGAT~kursus latihan asas anggota (JPAM)
bg 3 gabungan daerah Wilayah Persekutuan adalah antara melahirkan
masyarakat yang berdisiplin, bersepadu dan terlatih
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Ia juga
mampu meningkatkan semangat integrasi di kalangan
remaja yang merupakan peneraju negara pada masa
hadapan. Menyedari hal ini, Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia(JPAM) juga turut membantu orang awam
yang tidak tahu tentang keselamatan bagi memberi ilmu
dan kemahiran Pertahanan Awam kepada diri sndiri
Pada 07 hingga 10 APRIL 2011 yang lepas, bertempat di
Kem Semungkis, ULU LANGAT, Pengarah,Pegawai,
Anggota dan juga Peserta-Peserta yang terlibat
dengan kerjasama JPAM telah menganjurkan
Program Latihan Kursus Asas bg Peringkat Negeri  kali yang
ke-01 Bagi 2011. Peserta-Peserta ini telah disertai oleh 113 orang
anggota Pertahanan Awam yang mewakili negeri-negeri
dan wilayah persekutuan di seluruh Malaysia.
Pelbagai aktiviti telah disusun dalam jadual tersebut selama 4hari 3malam ini
termasuk aktiviti Asas Kawad Kaki, Bencana
,Memadam Kebakaran, Cara membantu Orang Awam
serta aktiviti riadah. Antara kemahiran yang di adakan Kawad Kaki,
menyelamat, perawatan kecemasan (CPR) dan juga 
melawan kebakaranSelain itu, anggota siri 01
juga diberi peluang melawat ke Kmpg Semungkis, Ulu Langat yang terkenal dengan
hutan-hutan Tropika, .Selain itu, kami juga diberi pendedahan secara langsung mengenai CPR
melalui program Mass CPR yang dijalankan di Tapak Lapang Kem,
Di dalam kem pula, mereka didedahkan dengan teknik ‘crossing’ dan cara-cara
membuat usungan alih ganti. Bagi meningkatkan lagi semangat kerjasama dan
integrasi, aktiviti kembara turut diadakan, di mana setiap anggota (JPAM) perlu
bekerjasama dalam menghadapi halangan di setiap ‘check point’ di sepanjang kembara
tersebut.
Pada 10 APRIL 2011, satu Majlis Penutupan Rasmi
Bagi Anggota-Anggota Baru Pertahanan Awam
Malaysia Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan
ini telah diadakan dipadang kawad, di kem tersebut.
Majlis ini telah disempurnakan oleh  Pengarah Jabatan 
Pertahanan Awam Malaysia,Pegawai(JPAM)dan juga 
Anggota-Anggota Baru (JPAM) bg merasmikan
majlis tersebut, seperti penyampaian Sijil Tamat Latihan
dan juga sesi Pergambaran bg Pengarah,Pegawai dan 
Anggota baru kontinjen Negeri W.P Kuala Lumpur,
Dengan adanya perkhemahan yang sebegini, ianya
dapat memenuhi ojektif penubuhan Remaja Pertahanan
Awam Malaysia iaitu memberi kemahiran-kemahiran
pertolongan cemas, melawan kebakaran dan
menyelamat yang boleh digunakan oleh Anggota pada
bila-bila masa, menanam semangat kerjasama,
bertanggungjawab, berperikemanusiaan, taat,setia,
cintakan negara serta memberi