Jom Support Kempen Says Malaysia


~Jom Support Says Malaysia~

Saturday, September 29, 2012

Kaki Tangan Awam Dapat 1 Bulan Setengah Bonus | Budget 2013


Antara isi kandungan budget belanjawan 2013 adalah pemberian bonus 1 bulan setengah gaji kepada 1.2 juta Penjawat Awam yang sedang berkhidmat di bawah pempinan Kerajaan Malaysia. Bonus tersebut merangkumi setengah bulan yang telah dibayar pada Aidilfitri yang lepas, setengah bulan dibayar pada hujung tahun 2012 (Disember 2012) dan bakinya dibayar pada awal tahun 2013 (Januari).

Thursday, September 20, 2012

Polis tahan bomoh nikah batin siasat kes rogol

Kes Bomoh Merogol Pesakit Semakin Menjadi-Jadi - Gambar Hiasan


Bomoh nikah batin yang ditahan jabatan agama di sini, kelmarin kerana memperdayakan wanita untuk seks, diberkas polis sebaik dia dilepaskan dengan jaminan Mahkamah Syariah, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata suspek ditahan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebaik urusan jaminannya selesai.
Diberkas selepas dibebaskan mahkamah syariah.

“Kita menahan suspek selepas menerima satu laporan berkaitan kes rogol. Sebaik selesai siasatan, kami akan menyerahkannya semula kepada pihak Mahkamah Syariah untuk tindakan lanjut. Esok (hari ini) kita akan memohon untuk menahan remannya,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah membenarkan Mohd Sombhas Abdullah, 48, dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu empat pertuduhan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.