Jom Support Kempen Says Malaysia


~Jom Support Says Malaysia~

Tuesday, October 30, 2012

Ameng Spring Kongsi Pengalaman Derita Disebat 10 Kali

Ameng Spring Kongsi Pengalaman Derita Disebat 10 Kali, Seminggu Tak Baring, TERINGAT MATI!
Sekadar Gambar Hiasan

Penyanyi, Ameng Spring yang kini masih menjalani hukuman di Penjara Kluang sejak setahun lalu masih teringat lagi bagaimana dia menerima hukuman 10 kali sebatan.
Dia sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah, dua tahun lalu.
Bercakap kepada Harian Metro, semalam, dia amat menginsafi diri dan berazam selepas selesai menjalani hukuman kelak dia akan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya terhadap keluarga.
Menurutnya, detik yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika dia menjalani sebatan sekaligus terbayangkan saat kematian.

Ameng Masih Ingat Derita Dirotan 10 Kali
Ameng Spring

“Detik yang paling saya tidak dapat melupakannya ketika saya menjalani hukuman 10 sebatan rotan sekali gus. “Saat itu saya hanya membayangkan kematian dan seksaan dalam kubur. “Masih terasa peritnya di rotan di seluruh denyut nadi dan selama seminggu saya tidak boleh berbaring. “Ia membuatkan saya amat menyesal dan insaf,” katanya.

Tuesday, October 9, 2012

Melakukan Sex Dengan Patung Ciptaan Sendiri

Pemuda Ini Cipta Anak Patung Penuhi Nafsu Serakahnya Sendiri, GILA!

Malodrax adalah nama samaran bagi pemuda yang berasal dari Canada ini. Dia merupakan salah seorang ahli komuniti ‘misc’ yang sering menghabiskan masanya berbahas mengenai agama dan politik.
Dia akan mencatatkan pelbagai pertanyaan dan mesej panjang sehingga ada kalanya tulisannya itu akan menjadi pelik, seram, lucu dan tidak masuk akal.

Beribu-ribu orang akan beri pendapat mengenai tulisannya termasuk ahli moderator yang sukar untuk faham sama ada Malodrax sengaja mahu mencari perhatian atau dia sebenarnya sakit mental!
Antara perkara yang diutarakannya adalah mengenai dia sering membuang air di dalam botol kosong kerana terlalu malas untuk bangun. Dia akan bawa botol kosong kemana saja dia pergi termasuk ke sekolah atau tempat kerja.


Yang paling HARU – Malodrax pernah menceritakan mengenai anak patung yang dibuat untuk memuaskan nafsu seksnya sendiri! Lihat saja gambar di bawah, begitulah PELIKNYA pemuda bernama Malodrax ini mungkin dia ni memang ada masalah mental kot.
Kebanyakan tulisannya telah dibuang oleh pemilik forum, namun dia kembali menulisnya semula.
Walaupun begitu, sehingga kini tidak ada laporan yang dibuat mengatakan yang Moladrax telah mengancam atau menakutkan mana-mana pihak. Dia seperti berada di dunianya yang tersendiri.
Macam-macam…