Jom Support Kempen Says Malaysia


~Jom Support Says Malaysia~

Saturday, August 18, 2012

Aliran Trafik Di Utara Masih Sesak

Aliran Trafik Di Utara Masih Sesak

Aliran trafik di bahagian utara iaitu dari Slim River ke Sungkai dilaporkan sesak ketika ini manakala keadaan trafik di lebuh raya utama yang lain terkawal menjelang tengah hari ini.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata, keadaan trafik dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar yang sesak berbelas-belas kilometer ekoran satu kemalangan membabitkan tiga kereta pagi ini sudah kembali lancar.

“Trafik sedikit perlahan di Bukit Gantang ke Changkat Jering, Bukit Merah ke Alur Pongsu dan Bukit Tambun ke plaza tol Juru. “Aliran trafik ke arah Selatan juga perlahan dari Nilai ke Seremban. Trafik di plaza tol Gombak ke Terowong Karak dan Genting Sempah ke plaza tol Bentong juga perlahan,” katanya.

Thursday, August 16, 2012

VIDEO: Kucing Lebih Berani Dari Buaya?

Video yang melihatkan seekor kucing yang begitu berani dan garang mengacau dan menghalau seekor buaya. Kita sedia maklum, buaya adalah haiwan yang ganas dan silap hari bulan, boleh terkam kita hidup-hidup! Berbeza dalam video ini. Buaya itu seolah-olah lebih takut dengan kucing. Bukan seekor, tapi dua ekor! Hebat betul ‘kuasa’ kucing yang berani ‘mengusik’ buaya.

Wednesday, January 18, 2012

Bunyi ‘Aneh Dan Menakutkan Dari Langit’ Di Sarawak Dapat Perhatian Dunia


Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia. Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.

Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya. Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.

Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu. Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi. Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)




HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA). DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat. HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.

Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI). IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz. IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi. Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari. Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya.

Sila rujuk di sini : SINI