Jom Support Kempen Says Malaysia


~Jom Support Says Malaysia~

Wednesday, January 18, 2012

Bunyi ‘Aneh Dan Menakutkan Dari Langit’ Di Sarawak Dapat Perhatian Dunia


Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia. Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.

Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya. Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.

Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu. Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi. Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)




HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA). DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat. HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.

Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI). IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz. IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi. Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari. Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya.

Sila rujuk di sini : SINI

Wednesday, December 28, 2011

18 Rangka Motosikal Ditemui Dalam Sungai


Sebanyak 18 rangka motosikal dan dua unit penutup enjin kenderaan itu ditemui dalam Sungai Panggau dekat sini serta anak-anak sungai sekitarnya dalam Ops Lejang bagi menumpaskan kegiatan mencuri motosikal sepanjang minggu lalu. Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Md Zukir Md Isa berkata penemuan rangka motosikal dan penutup enjin itu adalah hasil tangkapan empat suspek termasuk seorang pelajar tingkatan empat antara 16 dan 20 Dis lalu di beberapa kawasan sekitar Kangar. Bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis Selasa, beliau berkata mereka yang berumur antara 16 dan 25 tahun itu tidak memiliki rekod jenayah dan turut ditahan ialah mekanik dan penganggur.

“Kesemua motosikal itu dipercayai telah dicuri dan dilupuskan di sungai berkenaan serta anak-anak sungai sekitarnya manakala komponen utamanya telah diambil,” katanya. Menurutnya kesemua rangka motosikal dan penutup enjin itu ditemui oleh pasukan bantuan Pasukan Gerakan Marin Pulau Pinang yang menyelam di sungai-sungai itu. Katanya 12 rangka motosikal yang ditemui ialah jenis Honda EX5 dan masing-masing tiga bagi rangka motosikal jenis Kriss dan Yamaha manakala dua penutup enjin tidak dinyatakan jenisnya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, katanya. Md Zukir berkata, polis juga sedang mengesan tiga lagi suspek berumur antara 19 dan lewat dua puluhan yang dipercayai anggota kumpulan yang sama dan berharap orang ramai akan memberi kerjasama berterusan kepada pasukan polis bagi mengesan mereka. Sementara itu, sebanyak 351 kes kecurian motosikal dilaporkan di seluruh Perlis dan 79 kes telah diselesaikan sejak Januari lepas hingga sekarang, katanya.

Saturday, October 15, 2011

Fenomena "Halo Bulan"


Fenomena "Halo Bulan" iaitu fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais pada awan jenis sirus yang dirakamkan di Ampang, Selangor pada 10 Oktober lalu.