Kes Bomoh Merogol Pesakit Semakin Menjadi-Jadi - Gambar Hiasan
Bomoh nikah batin yang ditahan jabatan agama di sini, kelmarin kerana
memperdayakan wanita untuk seks, diberkas polis sebaik dia dilepaskan
dengan jaminan Mahkamah Syariah, semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata
suspek ditahan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebaik urusan
jaminannya selesai.
Diberkas selepas dibebaskan mahkamah syariah.
“Kita menahan suspek selepas menerima satu laporan berkaitan kes rogol.
Sebaik selesai siasatan, kami akan menyerahkannya semula kepada pihak
Mahkamah Syariah untuk tindakan lanjut. Esok (hari ini) kita akan
memohon untuk menahan remannya,” katanya.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah
membenarkan Mohd Sombhas Abdullah, 48, dibebaskan dengan jaminan
sementara menunggu empat pertuduhan mengikut Enakmen Jenayah Syariah
Negeri Sembilan 1992.