Jom Support Kempen Says Malaysia


~Jom Support Says Malaysia~

Thursday, September 19, 2013

SAMAN AES TURUN RM150


Putrajaya: Kerajaan semalam memutuskan mengambilalih sepenuhnya operasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan menurunkan kadar minimum kompaun AES kepada RM150 berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) yang dipengerusikan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata, syarikat milik penuh kerajaan yang diperbadankan, AES Solutions Sdn Bhd (AES Solutions) akan mengambil alih operasi yang sebelum ini dikendalikan ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Wednesday, April 17, 2013

Buaya Tewas Ditangan Belut Elektrik

Belut bukan sebarang belut. Belut memang boleh dimakan, tapi jangan sesekali kita tersalah memilih belut. Kes ini samalah seperti seekor buaya apabila telah mati akibat bertindak berani menyerang seekor belut. Mungkin pada sangkaan awalnya, belut tersebut hanyalah belut biasa, namun dengan kelebihan kuasa elektrik yang ia ada, belut tersebut berjaya membunuh buaya tersebut. Boleh tonton video di dibawah.







Sunday, February 17, 2013

Saturday, February 9, 2013

Renungan Hujung Minggu - UAI

Ustaz, saya ni TAK BERTUDUNG.Ada orang tanya, bila nak pakai tudung? Saya kata saya tak nak pakai kalau TAK IKHLAS. Apa pandangan ustaz?


Ustaz Azhar Idrus ( Original ) :
BERTUDUNGlah walau TERPAKSA.
SOLATlah walau TERPAKSA.
PUASAlah walau TERPAKSA. 
Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.

Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya. Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah?

*Hidayah perlu dicari, bukan tunggu. Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut..