Jom Support Kempen Says Malaysia


~Jom Support Says Malaysia~

Thursday, September 20, 2012

Polis tahan bomoh nikah batin siasat kes rogol

Kes Bomoh Merogol Pesakit Semakin Menjadi-Jadi - Gambar Hiasan


Bomoh nikah batin yang ditahan jabatan agama di sini, kelmarin kerana memperdayakan wanita untuk seks, diberkas polis sebaik dia dilepaskan dengan jaminan Mahkamah Syariah, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata suspek ditahan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebaik urusan jaminannya selesai.
Diberkas selepas dibebaskan mahkamah syariah.

“Kita menahan suspek selepas menerima satu laporan berkaitan kes rogol. Sebaik selesai siasatan, kami akan menyerahkannya semula kepada pihak Mahkamah Syariah untuk tindakan lanjut. Esok (hari ini) kita akan memohon untuk menahan remannya,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah membenarkan Mohd Sombhas Abdullah, 48, dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu empat pertuduhan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992. 

1 comment:

OKje said...

Macamans boleh caye ek...kena pukau ke....hish tak guna punya bomoh tu free je...