Jom Support Kempen Says Malaysia


~Jom Support Says Malaysia~

Tuesday, October 30, 2012

Ameng Spring Kongsi Pengalaman Derita Disebat 10 Kali

Ameng Spring Kongsi Pengalaman Derita Disebat 10 Kali, Seminggu Tak Baring, TERINGAT MATI!
Sekadar Gambar Hiasan

Penyanyi, Ameng Spring yang kini masih menjalani hukuman di Penjara Kluang sejak setahun lalu masih teringat lagi bagaimana dia menerima hukuman 10 kali sebatan.
Dia sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah, dua tahun lalu.
Bercakap kepada Harian Metro, semalam, dia amat menginsafi diri dan berazam selepas selesai menjalani hukuman kelak dia akan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya terhadap keluarga.
Menurutnya, detik yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika dia menjalani sebatan sekaligus terbayangkan saat kematian.

Ameng Masih Ingat Derita Dirotan 10 Kali
Ameng Spring

“Detik yang paling saya tidak dapat melupakannya ketika saya menjalani hukuman 10 sebatan rotan sekali gus. “Saat itu saya hanya membayangkan kematian dan seksaan dalam kubur. “Masih terasa peritnya di rotan di seluruh denyut nadi dan selama seminggu saya tidak boleh berbaring. “Ia membuatkan saya amat menyesal dan insaf,” katanya.

2 comments:

OKje said...

Baguslah kalau dah insaf.... Insaf tu pun hidayah jugak!

Unknown said...

ngerinye tgk gambo tu....kalau x serik xtau le....