Jom Support Kempen Says Malaysia


~Jom Support Says Malaysia~

Tuesday, January 4, 2011

Misbun Sidek Letak Jawatan, Lee Chong Wei Menyusul.

Misbun Letak Jawatan

Kita dikejutkan dengan khabar jurulatih perseorangan badminton negara meletak jawatan, tak lain tak bukan Datuk Hj Misbun Hj Sidek. Berita menggemparkan awal tahun 2011 itu turut dikejutkan dengan perkhabaran anak didiknya Datuk Lee Chong Wei yang juga turut ingin mengikut jejak langkah jurulatih yang telah menaikkan namanya itu dengan keluar dari BAM.

Apa sebenarnya masalah yang berlaku dalam persatuan BAM ini Zack pun tak pasti. Yang boleh memberi penjelasan adalah Datuk Misbun sendiri. Diharapkan pihak Kementerian dapat campur tangan dan sekaligus menyelamatkan nasib badminton negara dari terus dilanda masalah kerana Malaysia adalah salah sebuah kuasa badminton dunia. Jika ini tidak dapat di atasi maruah negara akan tercalar gara-gara kesilapan rumah tangga sendiri. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk badminton negara..wassalam..

3 comments:

AnakPakZohar said...

hurm... tak meriah dunia badminton tanpa beliau kan...^^

::nuRuLaDHar:: said...

hmm...sedih lihat mereka bedua..rapat sgt mcm adk abg jek..huhuhu

ghost said...

biasalah kalau serapkan nilai politik dalam badan sukan...macam tuh lar jadinya.kuasa politik lebih dipentingkan.