Thursday, December 20, 2012
Sunday, December 2, 2012
Ujian Mata Siri Ke-2

Cuba Perhatikan betul-betul..perkataan apa yang tertulis di atas ni..lihat secepat mana mata anda boleh meneka perkataan yang terpapar..sudah jumpa perkataan nya??
Friday, November 23, 2012
Wednesday, November 7, 2012
Tuesday, October 30, 2012
Ameng Spring Kongsi Pengalaman Derita Disebat 10 Kali

Sekadar Gambar Hiasan
Penyanyi, Ameng Spring yang kini masih menjalani hukuman di Penjara Kluang sejak setahun lalu masih teringat lagi bagaimana dia menerima hukuman 10 kali sebatan.
Dia sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah, dua tahun lalu.
Bercakap kepada Harian Metro, semalam, dia amat menginsafi diri dan berazam selepas selesai menjalani hukuman kelak dia akan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya terhadap keluarga.
Menurutnya, detik yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika dia menjalani sebatan sekaligus terbayangkan saat kematian.

Ameng Spring
Tuesday, October 9, 2012
Melakukan Sex Dengan Patung Ciptaan Sendiri

Malodrax adalah nama samaran bagi pemuda yang berasal dari Canada ini. Dia merupakan salah seorang ahli komuniti ‘misc’ yang sering menghabiskan masanya berbahas mengenai agama dan politik.
Dia akan mencatatkan pelbagai pertanyaan dan mesej panjang sehingga ada kalanya tulisannya itu akan menjadi pelik, seram, lucu dan tidak masuk akal.
Beribu-ribu orang akan beri pendapat mengenai tulisannya termasuk ahli moderator yang sukar untuk faham sama ada Malodrax sengaja mahu mencari perhatian atau dia sebenarnya sakit mental!
Antara perkara yang diutarakannya adalah mengenai dia sering membuang air di dalam botol kosong kerana terlalu malas untuk bangun. Dia akan bawa botol kosong kemana saja dia pergi termasuk ke sekolah atau tempat kerja.

Yang paling HARU – Malodrax pernah menceritakan mengenai anak patung yang dibuat untuk memuaskan nafsu seksnya sendiri! Lihat saja gambar di bawah, begitulah PELIKNYA pemuda bernama Malodrax ini mungkin dia ni memang ada masalah mental kot.
Kebanyakan tulisannya telah dibuang oleh pemilik forum, namun dia kembali menulisnya semula.
Walaupun begitu, sehingga kini tidak ada laporan yang dibuat mengatakan yang Moladrax telah mengancam atau menakutkan mana-mana pihak. Dia seperti berada di dunianya yang tersendiri.
Macam-macam…

Saturday, September 29, 2012
Kaki Tangan Awam Dapat 1 Bulan Setengah Bonus | Budget 2013

Antara isi kandungan budget belanjawan 2013 adalah pemberian bonus 1 bulan setengah gaji kepada 1.2 juta Penjawat Awam yang sedang berkhidmat di bawah pempinan Kerajaan Malaysia. Bonus tersebut merangkumi setengah bulan yang telah dibayar pada Aidilfitri yang lepas, setengah bulan dibayar pada hujung tahun 2012 (Disember 2012) dan bakinya dibayar pada awal tahun 2013 (Januari).
Thursday, September 20, 2012
Polis tahan bomoh nikah batin siasat kes rogol
Kes Bomoh Merogol Pesakit Semakin Menjadi-Jadi - Gambar Hiasan
Bomoh nikah batin yang ditahan jabatan agama di sini, kelmarin kerana memperdayakan wanita untuk seks, diberkas polis sebaik dia dilepaskan dengan jaminan Mahkamah Syariah, semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata suspek ditahan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebaik urusan jaminannya selesai.
“Kita menahan suspek selepas menerima satu laporan berkaitan kes rogol. Sebaik selesai siasatan, kami akan menyerahkannya semula kepada pihak Mahkamah Syariah untuk tindakan lanjut. Esok (hari ini) kita akan memohon untuk menahan remannya,” katanya.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah membenarkan Mohd Sombhas Abdullah, 48, dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu empat pertuduhan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.
Monday, September 10, 2012
Friday, August 31, 2012
Gambar Orang Utan Kena Bakar Kerana Mencuri
Orang Utan telah diganggu habitatnya kerana penerokaan hutan yang berleluasa. Sumber makanan dari pokok yang ditebang telah habis. Akibatnya Orang Utan ini masuk ke kebun memakan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang ditanam oleh penduduk kampung.
Di Kalimantan, orang Kmapung Wojok Rendah telah mengambil tindakan untuk membakar Orang Utan ini kerana tidak tahan haiwan tersebut kerap mencuri buah-buahan yang mereka tanam.
Di Kalimantan, orang Kmapung Wojok Rendah telah mengambil tindakan untuk membakar Orang Utan ini kerana tidak tahan haiwan tersebut kerap mencuri buah-buahan yang mereka tanam.
Tuesday, August 28, 2012
Imuda Rugi RM7000 Rumah Kena Pecah Masuk
Pelawak terkenal tanah air, Ab Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai
Imuda kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali,
di sini dipecah masuk baru-baru ini.
Namun Imuda, 52, hanya menyedari kejadian itu kira-kira jam 3 petang semalam selepas beliau bersama keluarganya baru pulang selepas bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang.
"Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang," katanya kepada pemberita di kediamannya hari ini.
Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.
Imuda berkata, suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu dan masuk melalui tingkap dan jeriji depan yang diumpil menggunakan pemutar skru.
"Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur," katanya.
Imuda yang mula dikenali dalam sitkom komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' itu berkata, kes pecah rumah dan ragut sudah banyak kali berlaku di kawasan kediamannya dan isterinya, Zabarina Haja Mushadi, 30, pernah cuba diragut namun diselamatkan jiran yang melihat kejadian itu.
"Bulan lalu rumah jiran depan saya juga pernah dimasuki perompak," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superitendan Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
"Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda," katanya.

Friday, August 24, 2012
Payu Dara Linda Onn Diraba?
Tuesday, August 21, 2012
Kes Mesin ATM Kena Pecah
Hanya sejam diperlukan sekumpulan perompak untuk memotong sebuah mesin
ATM sebelum melarikan wang tunai RM220,590 di Taman Tun Dr Ismail, di
sini awal pagi 1 Syawal lalu.
Jenayah jam 2.30 pagi Ahad lalu itu dipercayai dirancang rapi
kumpulan penjahat terbabit yang menggunakan alat pemotong besi jenis
portable ocytelene.
Semua lima CCTV di premis itu juga disembur cat hitam sebelum mesin ATM berkenaan dipotong. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata kejadian disedari orang awam selepas berlaku kebakaran sebelum menghubungi bomba. Anggota bomba tiba di tempat kejadian lebih kurang jam 4 pagi dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak, siasatan awal kebakaran dipercayai disengajakan oleh kumpulan penjenayah itu sebelum mereka melarikan diri, katanya.
Siasatan awal polis mendapati hanya satu daripada tiga mesin ATM di premis itu berjaya dibuka perompak, sebuah lagi hanya mempunyai kesan umpil, manakala mesin deposit tunai tidak diusik. Sementara itu, kelima-lima CCTV yang berada di premis disembur cat hitam, dipercayai bagi mengelak identiti mereka dikenal pasti, kata Chin Wah.

Monday, August 20, 2012
Juru Solek Mayat
Pekerjaan berkaitan dengan mayat kebiasaannya tidak digemari wanita tetapi, berlainan pula bagi gadis muda berasal dari Jakarta ini. Alia telah menjadi juru solek mayat di Rumah Mayat Atma Jaya di Pluit sejak lima tahun lalu dan kini dia lebih banyak meluangkan masa bersama mayat berbanding membuat perkara lain.
Gadis berusia 23 tahun ini turut mengakui dia seorang yang mudah takut tetapi disebabkan ini adalah mata pencariannya, dia memberanikan diri dan belajar daripada orang yang berpengalaman. "Saya beruntung kerana memiliki rakan yang berpengalaman dalam kerjaya ini dan sudi memberi tunjuk ajar kepada saya," katanya ketika ditemu bual oleh Jakarta Globe.

Keputusan BPL Chelsea vs Wigan

Chelsea Tewaskan Wigan 2-0.
Chelsea memadam kekecewaan tewas
kepada Manchester City pada aksi Perisai Komuniti baru-baru ini,
apabila membuka tirai kempen saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan
kemenangan 2-0 ke atas Wigan Athletics di Stadium The DW, hari ini.
Keazaman The Blues menebus
kekalahan kepada The Citizens terserlah apabila mula menguji benteng
pertahanan The Latics seawal minit pertama, namun kecekapan penjaga gol
The Latics, Ali Al Habsi menjadi penghalang utama.
Akhirnya gawang anak buah Roberto Martinez bolos juga menerusi jaringan pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic
pada minit kedua hasil serangan mengejut Chelsea selepas menyudahkan
hantran pemain tengah dari Belgium, Eden Hazard untuk menewaskan Al
Habsi.
Gol itu nyata memberi semangat kepada anak buah Roberto de Matteo
yang kemudiaannya terus menggandakan asakan hingga memaksa pertahanan
Wigan, Ivan Ramis melakukan kekasaran terhadap Hazard.
Sunday, August 19, 2012
Salam Lebaran, Salam Aidilfitri Untuk Semua
Di ketika ini, pastinya semua orang sedang berpusu-pusu untuk pulang ke kampung halaman. Jalanraya sudah tentulah sesak dengan beribu-ribu kenderaan. Perjalanan ke destinasi yang ditetapkan pastinya terhibur dengan dendangan lagu-lagu raya yang berkumandang di corong-corong radio. Semuanya kerana ingin pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama kaum keluarga dan saudara-mara yang sudah lama tidak ketemu.
Setelah selama sebulan berjuang untuk melakukan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan, Syawal yang menjelma sebagai tanda kemenangan kepada semua umat Islam yang berjaya menahan nafsu diri. Mynewshub.my ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitiri kepada semua pembaca. Semoga perjalanan pulang ke kampung sentiasa selamat dan dilindungi oleh Allah S.W.T supaya dapat bergembira bersama ahli keluarga.
Salam Lebaran semua!
Saturday, August 18, 2012
Aliran Trafik Di Utara Masih Sesak

Aliran trafik di bahagian utara iaitu dari Slim River ke Sungkai dilaporkan sesak ketika ini manakala keadaan trafik di lebuh raya utama yang lain terkawal menjelang tengah hari ini.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata, keadaan trafik dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar yang sesak berbelas-belas kilometer ekoran satu kemalangan membabitkan tiga kereta pagi ini sudah kembali lancar.
“Trafik sedikit perlahan di Bukit Gantang ke Changkat Jering, Bukit Merah ke Alur Pongsu dan Bukit Tambun ke plaza tol Juru. “Aliran trafik ke arah Selatan juga perlahan dari Nilai ke Seremban. Trafik di plaza tol Gombak ke Terowong Karak dan Genting Sempah ke plaza tol Bentong juga perlahan,” katanya.
Thursday, August 16, 2012
VIDEO: Kucing Lebih Berani Dari Buaya?
Video yang melihatkan seekor kucing yang begitu berani dan garang mengacau dan menghalau seekor buaya. Kita sedia maklum, buaya adalah haiwan yang ganas dan silap hari bulan, boleh terkam kita hidup-hidup! Berbeza dalam video ini. Buaya itu seolah-olah lebih takut dengan kucing. Bukan seekor, tapi dua ekor! Hebat betul ‘kuasa’ kucing yang berani ‘mengusik’ buaya.
Wednesday, January 18, 2012
Bunyi ‘Aneh Dan Menakutkan Dari Langit’ Di Sarawak Dapat Perhatian Dunia
Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya. Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.
Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu. Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi. Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)
HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA). DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat. HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI). IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz. IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi. Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari. Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya.
Sila rujuk di sini : SINI
Subscribe to:
Posts (Atom)