Chelsea Tewaskan Wigan 2-0.
Chelsea memadam kekecewaan tewas
kepada Manchester City pada aksi Perisai Komuniti baru-baru ini,
apabila membuka tirai kempen saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan
kemenangan 2-0 ke atas Wigan Athletics di Stadium The DW, hari ini.
Keazaman The Blues menebus
kekalahan kepada The Citizens terserlah apabila mula menguji benteng
pertahanan The Latics seawal minit pertama, namun kecekapan penjaga gol
The Latics, Ali Al Habsi menjadi penghalang utama.
Akhirnya gawang anak buah Roberto Martinez bolos juga menerusi jaringan pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic
pada minit kedua hasil serangan mengejut Chelsea selepas menyudahkan
hantran pemain tengah dari Belgium, Eden Hazard untuk menewaskan Al
Habsi.
Gol itu nyata memberi semangat kepada anak buah Roberto de Matteo
yang kemudiaannya terus menggandakan asakan hingga memaksa pertahanan
Wigan, Ivan Ramis melakukan kekasaran terhadap Hazard.
No comments:
Post a Comment