Jom Support Kempen Says Malaysia


~Jom Support Says Malaysia~

Sunday, August 19, 2012

Salam Lebaran, Salam Aidilfitri Untuk Semua


Di ketika ini, pastinya semua orang sedang berpusu-pusu untuk pulang ke kampung halaman. Jalanraya sudah tentulah sesak dengan beribu-ribu kenderaan. Perjalanan ke destinasi yang ditetapkan pastinya terhibur dengan dendangan lagu-lagu raya yang berkumandang di corong-corong radio. Semuanya kerana ingin pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama kaum keluarga dan saudara-mara yang sudah lama tidak ketemu.

Setelah selama sebulan berjuang untuk melakukan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan, Syawal yang menjelma sebagai tanda kemenangan kepada semua umat Islam yang berjaya menahan nafsu diri. Mynewshub.my ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitiri kepada semua pembaca. Semoga perjalanan pulang ke kampung sentiasa selamat dan dilindungi oleh Allah S.W.T supaya dapat bergembira bersama ahli keluarga.

Salam Lebaran semua!