Pemilik degil guna lif bawa kenderaan ke tingkat atas
PUCHONG: Tujuh pemilik motosikal di Blok A, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di sini, yang sering membawa kenderaan masing-masing ke tingkat atas menggunakan lif, terkejut apabila motosikal mereka disita Jabatan Pengurusan Perumahan (JPP) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), malam kelmarin.
PUCHONG: Tujuh pemilik motosikal di Blok A, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di sini, yang sering membawa kenderaan masing-masing ke tingkat atas menggunakan lif, terkejut apabila motosikal mereka disita Jabatan Pengurusan Perumahan (JPP) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), malam kelmarin.
“Operasi itu juga dijalankan selepas menerima aduan penduduk mengenai kerosakan lif disebabkan kedegilan pemilik motosikal membawa kenderaan masing-masing menggunakan kemudahan itu ke tingkat atas,” katanya yang mengetuai operasi itu, malam kelmarin.
Kamal Idham berkata, motosikal yang disita akan dihantar ke Depoh Tunda Jinjang dan pemilik dikenakan bayaran kompaun RM155 merangkumi bayaran notis, upah simpan sehari dan upah tunda.
“Pemilik yang menuntut semula kenderaan harus membawa geran atau dokumen insurans.
“DBKL juga dalam perancangan mengadakan operasi ini secara berperingkat bagi mengatasi masalah yang berlaku berikutan sikap tidak prihatin penduduk.
“Kami juga akan terus memantau PPR lain yang turut menghadapi masalah sama dan tindakan bakal diambil dalam masa terdekat ini,” katanya.
Beliau berkata, DBKL memandang serius kedegilan pemilik motosikal yang membawa kenderaan masing-masing menggunakan lif sehingga kemudahan itu sering rosak kerana terlebih bebanan.
“Apabila lif rosak, banyak aduan kita terima, sama ada melalui borang aduan atau laman facebook Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
“Masalah ini juga akan menyukarkan orang kurang upaya (OKU) dan warga tua,” katanya.
Sementara itu, Ketua Inspektor JKP, Julia Thamby, berkata pemilik motosikal yang disita boleh mendapatkan maklumat berkenaan kenderaan mereka melalui Pejabat Kecil Perumahan di PPR itu atau dengan menghubungi talian 24 jam JKP 03-40267222.
3 comments:
kalau motor letak bawah sah2 hilang kena curi, kalau naik atas lak kena kompoun.Motor hilang dengan kena kompaun mana lebih berbaloi?
curi ke kompuan ke sama jer...yg penting bermoral sbb dia merosakkan lif yg digunakan untuk kegunaan "org ramai" ...
haha.. sampai angkat moto naik lif tuu.. apa punya kerja da.. kalau lif selalu rosak, mintak diorang angkat pakai tangga plak.. haha..
Post a Comment