Jom Support Kempen Says Malaysia


~Jom Support Says Malaysia~

Tuesday, April 19, 2011

Sentral: Samseng laut

        
 
SEORANG wakil daripada Persatuan Nelayan Kelanang menunjukkan bot yang tersadai di pengkalan itu.
Ceroboh kawasan nelayan lain, ugut bila lapor pihak berkuasa

BANTING: Lebih 100 nelayan dari lima pangkalan nelayan di sini mendakwa mata pencarian mereka terjejas teruk selepas perairan tangkapan mereka diceroboh kumpulan nelayan kawasan lain yang menggunakan khidmat samseng.
Nelayan terbabit ialah dari Pengkalan Nelayan Tongkah, Pengkalan Nelayan Kelanang, Pengkalan Nelayan Permatang Pasir, Pengkalan Nelayan Bandar dan Pengkalan Nelayan Pulau Carey.
Wakil nelayan terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah mendakwa kumpulan nelayan dari pangkalan berhampiran menceroboh perairan mereka setiap hari bermula jam 5 pagi untuk mengutip hasil tangkapan dengan menggunakan pukat hanyut.

"Bayangkanlah, mereka datang bersama 50 bot dan melakukan aktiviti tangkapan ikan kurang 5 batu nautika dari kawasan kami.

"Kami tidak marah jika ia dilakukan lebih lima batu nautika dari sini. Habis semua hasil laut dikaut mereka yang menggunakan pukat hanyut,” katanya kepada Sentral di sini.

Sebelum ini, hasil tangkapan nelayan di sini boleh mencecah sehingga 15 kilogram (kg) sehari, tetapi sejak kebelakangan ini mereka hanya memperoleh dua hingga tiga kg saja.
Malah, kegiatan yang didakwa berlarutan sejak beberapa tahun lalu itu semakin membimbangkan kerana ia mula membabitkan kegiatan samseng.

Jika ada mana-mana nelayan membuat laporan kepada pihak penguat kuasa atau pihak atasan, individu terbabit akan dicari dan nyawa pengadu akan terancam.

Abdullah berkata, kejadian samseng itu bukan cerita rekaan kerana ia pernah dialami sahabatnya.

"Sebelum ini, sahabat saya membuat aduan kepada pihak penguat kuasa. Namun, dia akhirnya menemui ajal apabila dilanggar lari sekumpulan individu.

"Kami bukan ingin menuduh, tetapi ia terjadi selepas arwah membuat aduan kepada pihak penguat kuasa. Sebelum ini, ada beberapa kes pukul yang terjadi ke atas kami yang membuat aduan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak penguat kuasa dan beberapa ahli politik pernah meninjau kawasan itu tetapi masih tiada tindakan diambil.

Tinjauan Sentral mendapati banyak bot tersadai kerana mereka tidak mampu menanggung kos bahan bakar yang tinggi dan upah pekerja.

Berikutan itu, mereka menggantikannya dengan sampan kerana kos lebih murah.

No comments: