Jom Support Kempen Says Malaysia


~Jom Support Says Malaysia~

Tuesday, August 21, 2012

Kes Mesin ATM Kena Pecah

Hanya sejam diperlukan sekumpulan perompak untuk memotong sebuah mesin ATM sebelum melarikan wang tunai RM220,590 di Taman Tun Dr Ismail, di sini awal pagi 1 Syawal lalu. Jenayah jam 2.30 pagi Ahad lalu itu dipercayai dirancang rapi kumpulan penjahat terbabit yang menggunakan alat pemotong besi jenis portable ocytelene.


Semua lima CCTV di premis itu juga disembur cat hitam sebelum mesin ATM berkenaan dipotong. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata kejadian disedari orang awam selepas berlaku kebakaran sebelum menghubungi bomba. Anggota bomba tiba di tempat kejadian lebih kurang jam 4 pagi dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak, siasatan awal kebakaran dipercayai disengajakan oleh kumpulan penjenayah itu sebelum mereka melarikan diri, katanya. 

Siasatan awal polis mendapati hanya satu daripada tiga mesin ATM di premis itu berjaya dibuka perompak, sebuah lagi hanya mempunyai kesan umpil, manakala mesin deposit tunai tidak diusik. Sementara itu, kelima-lima CCTV yang berada di premis disembur cat hitam, dipercayai bagi mengelak identiti mereka dikenal pasti, kata Chin Wah.

6 comments:

Unknown said...

macam2 orang sanggup buat..

.::: Princess MOMOY :::. said...

banyak la duit raya dia

tirahzairi said...

untungla die...hahhaa

Seri Bahasa said...

canggih skrng...senang jer dia orang ambik duit dlm peti besi...apatah lagi seksyen 114a...terkapai-kapai la kita blogger nnt...

Unknown said...

pergh..ganas tol org zaman skung nii

Unknown said...

dorang ni makin lama makin brani buat macam2...mungkin kalau kne hukuman tembak depan org ramai baru org takut sket..