Hanya sejam diperlukan sekumpulan perompak untuk memotong sebuah mesin
ATM sebelum melarikan wang tunai RM220,590 di Taman Tun Dr Ismail, di
sini awal pagi 1 Syawal lalu.
Jenayah jam 2.30 pagi Ahad lalu itu dipercayai dirancang rapi
kumpulan penjahat terbabit yang menggunakan alat pemotong besi jenis
portable ocytelene.
Semua lima CCTV di premis itu juga disembur cat hitam sebelum mesin ATM berkenaan dipotong. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah,
berkata kejadian disedari orang awam selepas berlaku kebakaran sebelum
menghubungi bomba.
Anggota bomba tiba di tempat kejadian lebih kurang jam 4 pagi dan
berjaya mengawal kebakaran daripada merebak, siasatan awal kebakaran
dipercayai disengajakan oleh kumpulan penjenayah itu sebelum mereka
melarikan diri, katanya.
Siasatan awal polis mendapati hanya satu daripada tiga mesin ATM di
premis itu berjaya dibuka perompak, sebuah lagi hanya mempunyai kesan
umpil, manakala mesin deposit tunai tidak diusik. Sementara itu, kelima-lima CCTV yang berada di premis disembur cat
hitam, dipercayai bagi mengelak identiti mereka dikenal pasti, kata
Chin Wah.
6 comments:
macam2 orang sanggup buat..
banyak la duit raya dia
untungla die...hahhaa
canggih skrng...senang jer dia orang ambik duit dlm peti besi...apatah lagi seksyen 114a...terkapai-kapai la kita blogger nnt...
pergh..ganas tol org zaman skung nii
dorang ni makin lama makin brani buat macam2...mungkin kalau kne hukuman tembak depan org ramai baru org takut sket..
Post a Comment